About Us


SYARIKAT KAMI
  • Kami membantu pengguna yang mengalami pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan.




    madu kami 100% asli dari ladang
  • Syarikat kami menyediakan bekalan yang mencukupi dan menghantar madu yang dipesan dengan kadar segera.
  • Kami juga membuka ruang kepada anda untuk membuat aduan tentang masalah anda dan cuba memberi nasihat sebaiknya kepada anda.
  • Madu dapat membantu masalah kesihatan anda!!

Matlmat:

Membantu pengguna hidup sihat dan cantik, tanpa rasa ragu menggunakan madu, jadikan hidup anda lebih bermakna, dijamin asli 100%, terbaik dari ladang.



Pekerja

kami ada 4 orang  pengurus yang menguruskan perniagaan ini :


PENGARAH BESAR : NURUL AIDA BINTI OMAR

PENGURUS PEMASARAN       :JAMILAH BINTI OSMAN



PENGURUS OPERASI :PEI SIANG


PENGURUS KEWANGAN  :MUHAMMAD SHAHRIL



Lokasi kami:

syarikat kami beroperasi di Taman Bahtera, Tanjung Malim, Perak.








TENTANG KELULUT??


KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE yang terdapat di negera kita dan diseluruh dunia sebagai sejenis lebah yang menhgasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Serangga kelulut ini bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Serangga Kelulut juga di panggil sebagai Stingless Bee mempunyai 33 spesis di Malaysia dimana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak.

Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.

Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.
Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

Kelulut menghasilkan Madu Kelulut, Propolis dan juga 'Bee Bread' iaitu campuran antara pollen dengan madu , air liur dan cairan dari perut lebah yang berkhasiat untuk mengatasi masaalah penceTrnaan dan fermentasi. Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit 'MASAM' dan warnanya adalah lebih cerah. Walau pun kuantiti madu kelulut yang dihasilkan setiap koloni sedikit berbanding dengan Lebah Madu biasa tetapi kelulut adalah serangga yang aktif sepanjang tahun. Koloni biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau masam kerana kandugan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semulajadi.
Kandungan Propolis yang dihasilkan oleh Kelulut merupan satu kelebihan. Propolis berfungsi sebagai Anti-Bakteria, Anti-Fungus dan juga Anti-Radang serin digunakan sebagai bahan pentik untuk Bahan Kosmetik dalam bentuk Krim dan Tablets. Khasiat madu kelulut dan propolis didakwa membantu dalam mencegah dan mengubati Penyakit kanser,Asma, Strok, Diabetes, mellitus, Batu Karang, Hipertensi dan malah ada juga kes HIV/AIDS.

Khasiat Madu Kelulut 20 kali ganda lebih dari Madu Lebah biasa (hasil dari kajian MARDI Madu Kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi).





TENTANG MADU??


Madu Kelulut

warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

1. Khasiat madu di dalam Al Quran

Di dalam Al Quran terdapat surah yang dinamakan surah Al-Nahl yang bermaksud lebah.  Di dalam surah ini terdapat penerangan terperinci mengenai aktiviti lebah.

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Al-Nahl 16:68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Al-Nahl 16:69)


2. Khasiat madu di dalam hadis

Di dalam Hadis Shahih Bukhari terdapat sepotong hadis mengenai khasiat madu yang boleh menyembuhkan sakit perut.

Telah menceritakan kepada kami Ayyas bin Al Walid telah menceritakan kepada kami Abdul A’la telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Qatadah dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa’id bahwa seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sambil berkata; “Saudaraku sedang menderita sakit perut.” Beliau bersabda: “Minumilah madu.” Kemudian laki-laki itu datang kedua kalinya, lalu beliau tetap bersabda: “Minumilah madu.” Kemudian laki-laki itu datang yang ketiga kalinya, beliau bersabda: “Minumilah madu.” Kemudian dia datang lagi sambil berkata; “Aku telah melakukannya.” Maka beliau bersabda: “Maha benar Allah, dan perut saudaramulah yang berdusta, berilah minum madu.” Lalu ia pun meminuminya madu dan akhirnya sembuh. 


3. Khasiat madu mengikut lokasi sarang lebah

"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(Al-Nahl 16:68) 
Khasiat madu mengikut jenis bunga dan buah-buahan yang dimakan oleh lebah

Jenis bunga dan buah-buahan yang dimakan oleh lebah mempengaruhi madu yang bakal dihasilkan.  Khasiatnya turut berbeza.  Berikut ialah beberapa jenis bunga yang dihinggapi oleh lebah.


a. Bunga hutan
Bau madu daripada debunga hutan seperti madu tualang mempunyai bau haruman yang agak kuat dan agak masam sedikit.  Kadar air yang lebih banyak dan mempunyai suhu yang agak tinggi sehingga boleh menyebabkan putih telur menjadi setengah masak.




b. Bunga Kaliandra
Madu daripada bunga kaliandra di Sumbawa telah menghasilkan madu berwarna putih.  Madu yang berwarna putih atau cerah dikatakan mengandungi royal jelly atau susu madu yang tinggi.  Royal jelly sesuai untuk kesihatan wanita.



No comments :

Post a Comment